DUA 2012: Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam
BIL
|
NO PENDAFTARAN
|
NAMA
|
1
|
02DTK18F1009
|
Nur Najwa Widad Binti Zainal
|
2
|
02DTK18F1067
|
Nur Fatihah Binti
Juhari
|
3
|
02DTK18F1073
|
Siti Zubaidah Binti
Mohd Azhari
|
4
|
02DTK18F1075
|
Intan Shahira Binti
Salim
|
Nama Pensyarah : MOHD NOOR ZAIDI BIN MOHD ZAWAWI
KELAS : DTK2A
PENGENALAN
Sains, teknologi dan kejuteraan merupakan sebahagian daripada ilmu yang terdapat dalam wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT melalui al-Quran . Al-Quran ialah sumber intelektual dan spiritual Islam yang agung. Kalam Allah SWT ini adalah asas bukan hanya bagi agama dan pengetahuan spiritual tetapi bagi semua cabang ilmu pengetahuan. Al-Quran juga merupakan satu sumber utama dan inspirasi pandangan.Selain itu, kami mengharapkan, dengan kajian ini, kami
mampu membuka mata hati kami untuk lebih mensyukuri nikmat kurniaan Ilahi
sekali gus menjadi insan yang sentiasa meningkatkan iman dan taqwa kepada ALLAH
swt.Semoga dengan penghasilan kertas kerja ini, dapat melayakkan kami
memperolehi keredaan ALLAH swt dan kejayaan di dunia dan di akhirat.
Al-Quran dan Hadis sebagai Sumber Sains, Teknologi dan kejuteraan
|
Ramai antara ahli falsafah dan cendikiawan
Islam berkeyakinan bahawa dalam segala tindakan kita sama ada berfikir dan
mengetahui, sebenarnya akal manusia telah mendapat petunjuk dari Ilahi sendiri.
Dalam
hal ini, peranan al-Quran adalah jelas sebagai pelengkap dan dapat membezakan
antara haq dan batil. Dalam konteks ilmu sains, historiografi sains Islam pula,
jelas mengakui kemungkinan terdapat kaedah-kaedah sains dan fakta-fakta serta
ilmu sains yang terhasil dalam tamadun awal yang tidak bertentangan dengan
risalah Tauhid dan Islam itu sendiri. Hal ini jelas menunjukkan bahawa al-Quran
boleh dikaitan dengan bidang-bidang tersebut.
Al-Quran
juga menekankan bahawa alam semesta ini diciptakan untuk melayani kehendak
manusia. Al-Quran turut menjelaskan bahawa bantuan Tuhan kepada manusia dalam ciptaan-Nya
sangat banyak dan tidak terhitung. Allah SWT telah mengajak manusia supaya
berfikir, mengaji dan meneliti setiap ciptaan-Nya sebahagiamana firman Allah dalam surah Ali’Imran:
Maksudnya:
“Orang-orang
yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring
dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata) Ya
Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan semuanya ini dengan sia-sia. Maha Suci
Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.
(Surah
Ali ’imran 3:191)
- Garis panduan kepada saintis dalam melaksanakan sesuatu uji kaji
- Menggalakkan supaya mengkaji alam tabi’i.
- Mengajak manusia supaya menggunakan akal fikiran dan mata hati untuk berfikir
Bukti dalam ayat Al-Quran
Firman Allah dalam Surah
Ar-Ra’d : 3 – 4
Maksudnya :
“Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan
menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang
mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan:
dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya
semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu)
berfikir. (3)
Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan
menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai
(yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya
pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti.
Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum
yang (mahu) berfikir.(4)”
2.Kitab yang menjadi sumber pelbagai cabang sains dan teknologi.
- Sifat al-Quran sebagai petunjuk dan rahmat yang dapat menjadi panduan kepada pembentukan bidang-bidang dan cabang-cabang ilmu atau klasifikasi ilmu dalam Islam.
Bukti ayat-ayat Al-Quran
Firman
Allah dalam surah An-Nahl : 11
Maksud ayat :
“Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu
tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan
juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi
satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir”.
Firman
Allah dalam Surah Ibrahim ayat 32-33:
Maksud ayat :
“Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi dan menurunkan
hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buhan untuk
menjadi makanan bagi kamu dan Dia yang memberi kemudahan kepada kamu
menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintah-Nya juga yang
memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya). Dan Dia juga
yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar untuk kepentingan
kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup
kamu”.
3.Menggalakkan pembangunan teknologi.
- Memberi galakan dalam membina teknologi.
- Umat Islam mestilah sentiasa bersedia dengan teknologi semasa.
Bukti-bukti dalam ayat al-Quran
Firman Allah dalam Surah
Al-Anbiya’ ayat 80:
Maksud ayat :
“Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi untuk
kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu, maka
adakah kamu sentiasa bersyukur?”
Firman
Allah dalam surah al-Mukminun ayat 27:
Maksud ayat :
“Lalu Kami wahyukan kepadanya: "Buatlah bahtera dengan
pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara
membuatnya); kemudian apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka,
dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan),
maka masukkanlah ke dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap jenis haiwan (jantan
dan betina), dan bawalah ahlimu (dan pengikut-pengikutmu) kecuali orang yang
telah ditetapkan hukuman azab atasnya di antara mereka (disebabkan
kekufurannya); dan janganlah engkau merayu kepadaku untuk menolong kaum yang
zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan dengan taufan
sehingga mati lemas.”
4.Panduan dalam penggunaan teknologi
- Al-Quran memberi garis panduan dan penggunaan teknologi bagi membangunkan alam.
- Untuk membangunkan alam mestilah berbentuk yang tidak merosakkan dan memusnahkan alam dan juga memusnahkan nilai akhlak manusia.
Ayat al-Quran yang berkaitan
adalah dalam Surah Rum:41
Terjemahannya : “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala
bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh
tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan
mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah
lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.
5.Menjadikan sains teknologi dan kejuruteraan mencapai
fakta dan bukti ke arah kebenaran
- Menunjukkan kebenaran hakikat sesuatu kejadian yang diciptakan Allah berdasarkan kepada sains, teknologi dan kejuruteraan Islam.
- Membuktikan akan fakta-fakta yang dapat mencapai sesuatu ke arah kebenaran sesuatu perkara dan kejadian.
- Dapat mengaitkan sains, teknologi dan kejuruteraan dalam al-Quran dengan fakta sains hari ini.
Bukti ayat al-Quran antaranya:
1) Firman Allah dalam surah
Yaasin ayat 82:
Terjemahan :
“Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia
menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu:
" Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.”
KESIMPULAN
Islam
menerima teknologi yang memberi manfaat
dan menolak teknologi yang membawa kerosakan kepada umatnya. Berdasarkan etika dan prinsip dasar Islam, tujuan utama
kepentingan ibadah kepada Allah S.W.T ialah mencari ilmu. Al-Quran menjelaskan
dan menunjukkan pentingnya sejarah dan hubungannya dengan kewujudan tamadun
manusia berdasarkan aspek sains, teknologi dan kejuruteraan dalam islam .
Akhir kata,
berdasarkan daripada tajuk yang kami kaji, Al-Quran memainkan peranan yang
penting dalam merangsang akal manusia
untuk berfikir tentang ayat-ayatnya yang sarat dengan maklumat dan informasi
yang berguna .Justeru itu , ilmu pengetahuan dan teknologi
dapat tumbuh dan berkembang cepat dan ini menunjukkan bahawa Al-Quran memainkan
peranan penting dalam kehidupan manusia sepanjang zaman .
LAMPIRAN





Ulasan
Catat Ulasan